Thursday, March 18, 2010

Bangunan yang tidak rosak dan Pemilik yang tidak boleh mati

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja."Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?""Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka."Segera katakan apakah itu." Desak raja."Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Nabi Ilyas A.S. dan Malaikat

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis."Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut."Tidak tahulah." Jawab Ilyas."Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat."Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.


~renungilah diri kita selagi nyawa dikandung badan, selagi jasad belum terkulai kaku, selagi ada kesempatan memohon keampunan..~

cahaya


Sunday, March 14, 2010


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap,
tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap
pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada
setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan
dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup
neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap
datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung
mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas
kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap
tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami,
selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada
hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu KISAH NERAKA JAHANNAM
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap,
tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap
pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada
setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan
dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup
neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap
datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung
mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas
kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap
tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami,
selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada
hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan
pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."Setiap malaikat apa
yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu
mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada
padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia
akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Saturday, March 13, 2010

Forgive me When i whine, Ahmed Bukhatir

Today, upon a bus,I saw a girl with golden hair.And wished I was as fair.When suddenly she rose to leave,I saw her hobble down the aisle.She had one leg and wore a crutch.But as she passed, she smiled.Oh God, forgive me when I whine.I have two legs the world is mine.
I stopped to buy some candy.The lad who sold it had such charm.I talked with him, he seemed so glad.If I were late, it `d do no harm.And as I left, he said to me,"I thank you, you've been so kind.You see," he said, "I `m blind"Oh God, forgive me when I whine.I have two eyes the world is mine.
I saw a child with eyes of blue.He stood and watched the others play.He did not know what to do.I stopped a moment and then I said,"Why don't you join the others, dear?"He looked ahead without a word.And then I knew. He couldn't hear.Oh God, forgive me when I whine.I have two ears the world is mine.
With feet to take me where I `d go.With eyes to see the sunset's glow.With ears to hear what I'd know.Oh God, forgive me when I whine.I have blessed indeed, the world is mine.

Antara sabar dan mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Keampunan

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"sehingga Aku berkata( kepada mereka) :'pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun'.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Demi Allah sesungguhnya aku meminya ampun kepada Allah setiap hari lebih daripada 70 kali."

(Riwayat Bukhari)