Sunday, March 14, 2010

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap,
tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap
pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada
setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan
dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup
neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap
datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung
mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas
kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap
tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami,
selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada
hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu KISAH NERAKA JAHANNAM

hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan
pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."Setiap malaikat apa
yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu
mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada
padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia
akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

No comments:

Post a Comment